(Komuniti) Majlis Berbuka Puasa & Penutupan Nuzul Al-Quran Tahun 2019 Kampung Semop

23 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mei 2019, Pusat Internet (PI) Semop telah dijemput oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Darul Al-Amin Kampung Semop bagi menjayakan dan memeriahkan Majlis Berbuka Puasa dan Penutupan Nuzul Al-Quran Tahun 2019 Kampung Semop. Majlis ini berlangsung dari jam 3.30 petang hingga 9.10 malam yang bertempat di Masjid Darul Al-Amin Kampung Semop. Majlis ini merupakan aktiviti wajib yang akan dianjurkan oleh pihak Masjid Darul Al-Amin Kpg Semop untuk setiap tahun. Disamping itu, majlis ini disertai oleh 24 orang pelajar sekolah dari SK Semop iaitu berumur antara 8 hingga 12 tahun dan untuk aktiviti tadarus al-quran antara maghrib dan isyak pula disertai oleh 33 orang pelajar yang berumur 8 hingga 17 tahun.

Majlis ini juga telah dihadiri lebih 300 orang penduduk Kampung Semop dan kampung sekitarnya. Oleh itu, selain dapat merapatkan hubungan antara komuniti setempat ianya juga dapat menerapkan semangat tolong menolong dan bekerjasama dalam kalangan warga komuniti setempat. Selain itu, majlis ini juga amat bermanfaat untuk mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T dengan menjalankan aktiviti tadarus dan solat sunat tarawih setiap kali tibanya bulan Ramadhan. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis malam tersebut adalah:
Aturcara Majlis;

• Kehadiran Penduduk Kampung
• Solat Asar Berjemaah
• Majlis Penutupan Nuzul Al-Quran daripada Adik-adik SK Semop
• Bacaan Tahlil & Doa Selamat Semop
• Solat Maghrib Berjemaah
• Solat Isyak Berjemaah
• Solat Tarawih berjemaah
• Bersurai

Terima kasih kepada AJK Masjid Darul Al-Amin di atas penganjuran majlis yang berbentuk agama ini. Selain itu, majlis ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara warga Kampung Semop dan sekitarnya. Oleh itu, moga semua yang hadir mendapat barakah dan bermanfaat sepanjang bulan Ramadhan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali